Selasa, 1 April 2014

Jelajah Ilmu bersama Dr Azwira Abd Aziz


Pihak Darul Hadith an-Nabawiy dengan secara hormatnya mempersilakan tuan/puan sekalian khususnya mereka yang berdekatan dengan Kota Bharu, Kelantan untuk bersama-sama dalam program Jelajah Ilmu bersama Dr Azwira Abdul Aziz (Pensyarah UKM Bangi & Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis) yang akan berlangsung bermula 4 hingga 6 April 2014.

Jadual adalah seperti berikut:

4 April 2014,
  1. Kuliah Subuh (Kitab Riyadus Solihin) di Surau as-Sunnah, bulatan Pasir Pekan.
  2. Kuliah Maghrib (Akidah Tauhid) di Masjid al-Aminin, Kg Kijang, Jalan PCB, Kota Bharu.

5 April 2014,
 Kuliah Maghrib (Mukaddimah Umdatul Ahkam) di Masjid Mukim Chekok, Kg Panji, Kota Bharu.

6 April 2014,
 Sambungan Siri Bedah Buku : Asas-Asas Pengajian Hadith Hukum di Masjid al-Ikhlas, Kg Pasir Lada, Jalan      Pasir Hor, Kota Bharu.

Rabu, 19 Mac 2014

[Hebahan] Kuliah Maghrib bersama Dr. Azwira

     Assalamualaikum, pihak Darul Hadith an-Nabawy dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid al-Ikhlas Kg Pasir Lada secara hormatnya ingin menjemput Muslimin dan Muslimat yang tinggal berdekatan Kota Bharu dan sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan kuliah maghrib bertajuk CABARAN SEMASA : BERPEGANG DENGAN AS-SUNNAH.

Insya-Allah, kuliah akan disampakan oleh pendakwah sunnah Malaysia, Dr. Azwira Abdul Aziz yang merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Maklumat seperti yang tertera di dalam poster dibawah.